Thursday 23 June 2011

welcome to my world a.k.a selamat datang dunia...

cantik tak bunga ni? cantk, kan... kalau korang nak tahu aku dulu tak suka tau dengan bunga ros ni, sebab banyak sangat duri yang tajam.. lantas aku terfikir sebab apa allah jadikan bunga ros / mawar ni kan. 

cat's eye nebula yang diambil dari Hubble Space Telescope
sekarang korang tengok pulak gambar yang kedua tu? korang tahu tak apa bendanya tu? mesti ada yang tak tahu kan? ini namanya cat's eye nebula yang diambil dari Hubble Space Telescope. kalau korang perasan bentuk dia macam apa, macam bunga ros kan. aku terfikir apa kena mengena benda tu dengan bunga ros kan tapi dalam quran ada menyebutkan bahawa " ketika langit terpecah dan mejadi kilatan minyak seperti mawar merah, jadi nikmat tuhan kamu yang mana yang kamu ingin dustakan" ketika itu aku terpegun dan terkejut dengan ayat itu. lepas tu aku terus minat sangat dengan mawar ( tak kisahlah warna apa pun, yang penting ROS) :) selama ini aku tidak pernah tahu yang di angkasa raya tu ada benda yang macam tu. dan ketika aku asyik memikirkan yang bahawa alam semesta itu cuma ada 8 planet, ternyata aku salah dan sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku tak tahu pasal alam semesta ini. korang nak tahu dari mana aku tahu pasal benda ni?


esqlah yang mengajar aku tentang semua yang aku tak tahu/tak pernah nak ambil tahu sebelum ni. modul yang sangat menarik. dia adalah latihan pembentukan karekter melalui 165.. 165? apa benda tu? 165 diambil dari 1 ihsan, 6 rukun iman & 5 rukun islam.. 
nak cakap dekat sini pun aku tak berapa nak pandai sangat. : ) jadinya kalau nak tau nanti dilain kesempatan aku akan cerita lagi apa yang aku lalui dengan ESQ ni ok... 

wassalam...

1 comment:

  1. allah menjadikan setiap benda itu ada sebabnya.. janganlah kita mempetikaikan kekuasaan Allah kerana allah maha besar.. :D

    ReplyDelete