Friday 8 July 2011

BERSIH KUBUR, BERSIH HATI

03-O7-2011,
7.45 PAGI,
TANAH PERKUBURAN BUKIT KIARA

        pagi itu selepas solat subuh, kami beramai-ramai memeriahkan program 'BERSIH KUBUR, BERSIH HATI' anjuran PERSATUAN PENGGUNA ISLAM & ESQ. hampir 100 orang datang untuk membersihkan kawasan kubur tersebut.


ucapan aluan dari Dato Hasbullah

        selepas bersarapan pagi, kami  memulakan acara dengan kata2 aluan dari Puan Marhaini dan diikuti dengan Tan Sri Kader dan Dato Hasbullah. pada awalnya mendung mengiringi dan ketika ingin mengambil gambar, hujan turun dan kami mengambil inisiatif untuk membaca yasin beramai2 dan selesai membaca yassin hujan sudah mereda dan kami ingin memulakan kerja tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnya dan kami berlindung dibawah tpt yg disediakan.. (mengapa ianya terjadi itu hanya ALLAH yang tahu) disebabkan hujan itu kami berasmaul husna beramai-ramai dan ketika usai asmaul husna, kami yang masih menunggu hujan untuk berhenti. tetiba terdengar ada orang pimpin yell, rupa2nya pun Marhaini yang pimpin yell dan dia kata tak kisah buat kerja dalam hujan... n lepas yell tu semua pakat buat kerja dalam hujan.... masa tu perasaan semangat berkobar2 nak buat kerja..

   tengah2 buat kerja tu kitaorang diberi sedikit renungan oleh ustaz redzuan berkenaan dengan 'KEMATIAN' satu suasana yang agak best sebab renungan itu dibuat betul2 di tapak kubur.. (feel dia lebih la sebab menceritakan tentang kematian) lepas tu kitaorang sambung balik bersihkan kubur yang mana tak sempat tadi... masa tu, aku cikgu rahman dan abu zar membersihkan kawasan kubur dan aku dibawa oleh abu zar ke satu kubur yang mana dahlah takder orang yang bersihkan tapi kubur dia tanah dah mendap... takder siapa yang ambik kisah... subhanallah, aku sedih dan tertanya2 macam manalah kubur aku nanti... :( aku sedekahkan al-fatihah utk mereka yang berada disitu...
   lepas dah b ersihkan kubur tu kitaorang makan tengah hari dekat situ jugak... thanks to kak Is and d gang... sedap makanan yang akak buat... :)
    lepas tu kitaorang bersurai.. heheheheh... banyak pengajaran yang aku dapat.. ketika kita mahu melakukan sesuatu yang baik, Allah sentiasa membuka jalan... despite all the obstacle, esq berjaya jugak... alhamdulillahirobbilalamin...



antara SATRIA MUDA yang membantu didalam program
BERSIH KUBUR, BERSIH HATI..

p/s: mengingati kematian itu bukanlah sesuatu yang harus di jadikan alasa untuk kita takut dan janganlah kita ingat yang kita akan hidup selama2nya... pilihlah sama ada kita mahu ketika didalam kubur nanti seperti didalam rangkulan ibu atau mahu tulang bahu kiri bertemu dengan tulang bahu kanan... wallahualam... :D aku juga bangga dengan PPIM yang menganjurkan program ini sebagai satu platform untuk mereka yang berminat untuk membuat kerja amal... :) keep up the good work and for ESQ.... GO, FIGHT &  WIN!!

BISMILLAHI ALLAHUAKBAR!!



No comments:

Post a Comment