Sunday 17 July 2011

cinta sempurna

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABARAKATUH... =D

sempurnanya sifatmu
tulusnya hatimu jujurnya niatmu
tingginya kesabaranmu..

cinta sempurna, aku selalu bertanya apa yang dimaksudkan dengan cinta sempurna tu. rasional ke untuk manusia zaman sekarang ni? ada sesetengah orang bila cakap pasal cinta sempurna ni diorang akan cakap cinta yang kekal sampai mati.. tapi aku tengok ada ajer yang putus di tengah2 jalan dan kalau yang kawin tu yang tua2 tu ada jugak yang bercerai... ada ke cinta yang sempurna? cer kabor kat teman ni ha.... =D

sebut pasal bab cinta sempurna ni aku terfikir macam mana RASULULLAH bercinta?? cinta yang macam mana ada didalam diri dia masa tu, mesti best kan?? bagi pendapat aku, cinta yang boleh dikategorikan sebagai sempurna tu adalah cinta itu kerana ALLAH dan tidak berlandaskan nafsu semata-mata, betul tak?? kita memang tak boleh nak dapat cinta seperti Nabi Muhammad dan Siti khadijah tapi kita boleh cuba untuk menngikut apa yang dilakukan Rasulullah kan.. daripada kita bercinta bagai nak rak lepas tu tak tahu mana hala tuju, lagi buang masa.. aku rasa tak salah kalau bercinta lepas kawin sebab ketika itu mungkin akan mewujudkan rasa kasih sayang antara kita..

memanglah cinta itu tak sempurna tapi jika kita bercinta dengan niat kerana ALLAH insyaAllah tuhan tu akan permudahkan semuanya..

p/s: cinta itu bukan murah dan sebagai umat islam kita haruslah ingat kalau nak bercinta tu haruslah berlandaskan syariat islam dan janganlah bercinta bertuankan nafsu.. akibatnya nanti, kita menyesal atas cinta yang tak kesampaian dan hanya meninggalkan beban yang amat pahit... ingatlah yang ALLAH itu maha Pengasih dan Maha pemurah.. tak rugi pun kalau kita ikut apa yang disuruh... wallahualam... =)

No comments:

Post a Comment