Tuesday 26 July 2011

KEAIBAN & KELEMAHAN??? MACAM MANA NAK TAHU???


Cara mengenali keaiban dan kelemahan diri; 1) Berguru. Cari guru yang boleh mengajar dan memperbaikki kesalahan serta sentiada membimbing dan menegur kita. 2) Bergaul. Dalam pergaulan, kita belajar kebaikan akhlak dan keburukannya. Mana yang baik kita ambil dan yang buruk, kita jauhi. 3) Berkawan. Cari kawan yang benar benar ikhlas ke...rana Allah. Kawan yang ikhlas akan menegur kesalahan kita secara jujur. Manakala, kawan kerana manfaat dan kebendaan tidak akan menegur kesilapan. Malah, sekongkol dengan kesalahan, asalkan manfaat kita diperolehi. 4) Musuh. Terima segala kutukan dan cercaan musuh dengan hati yang terbuka. Kita tak akan dapat maklumat sejujurnya tentang kelemahan diri melainkan daripada muhuh kita. ~Renungkanlah pesanan daripada Imam al-Ghazali ini.. (THANKS to IMAM MUDA MUJAHID) SYUKRAN!!!
1) Berguru. Cari guru yang boleh mengajar dan memperbaikki kesalahan serta sentiada membimbing dan menegur kita : kalau kita dah rasa diri kita dah banyak kelemahan dan ingin memperbaiki diri, belajarlah dari orag yang berpengalaman kerana tak salah kalau kita belajar sesuatu yang akan memberi kita menafaat.. GURU yang paling berkesan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri adalah berdasarkan PENGALAMAN yang telah  korang tempuhi....GURU yang amat kita perlukan ialah seorang yang ikhlas dalam membimbing dan menasihati korang... kita takkan sedar bila kita buat kesilapan tapi sebelum korang melarat lebih jauh dengan kesilapan korang lebih baiklah belajar ok... :)

 2) Bergaul. Dalam pergaulan, kita belajar kebaikan akhlak dan keburukannya. Mana yang baik kita ambil dan yang buruk, kita jauhi. ketika kita bergaul sesama kita, hendaklah kita sentiasa ingat batas-batasnya.. jgnlah yang perempuan bertepuk tampar tanpa ada rasa malu..
3) Berkawan. Cari kawan yang benar benar ikhlas ke...rana Allah. Kawan yang ikhlas akan menegur kesalahan kita secara jujur. Manakala, kawan kerana manfaat dan kebendaan tidak akan menegur kesilapan. Malah, sekongkol dengan kesalahan, asalkan manfaat kita diperolehi. kita memang akan ramai kawan tapi dalam pada ramai tu, ada tak kebaikan mereka yang boleh kita ikut. kawan ni kadang-kadang akan ramai masa kita senang aje tapi bila kita nak berkongsi sesuatu mereka akan keberatan untuk bersama kita.. memanglah patut korang jauhi spieces kawan yang macam ni.. tak salah kalau kita nak ramai kawan tapi yang penting korang haruslah berhati-hati dan kalau boleh selidiklah dulu dengan siapa yang kita nak berkawan..

4) Musuh. Terima segala kutukan dan cercaan musuh dengan hati yang terbuka. Kita tak akan dapat maklumat sejujurnya tentang kelemahan diri melainkan daripada musuh kita.. korang pernah dengar tak pepatah orang melayu ada cakap berkawan biar seribu tapi musuh jangan sekali.. so korang pandai2 lah kan nak pilih kawan atau lawan yang akan menjadi sahabat korang..

p/s: sekirannya kita mengetahui keaiban/kelemahan seseorang tak perlulah kita memberitahu sesiapa... kita mungkin tidak menyedari keaiban dan kelemahan kita kerana allah menutup aib kita... mungkin keaiban kita lebih dahsyat dari orang yang kita katakan itu... nauzubillah, jauhkanlah kita dari orang yang suka menjadi orang yang suka memburukan orang lain...

No comments:

Post a Comment