Friday 15 July 2011

PEJUANG AGAMA

ASSALAMUALAIKUM,


setiap manusia pasti punya, pemikiran yang saling berbeza,
tapi janganlah cuba untuk memaksa, yang lain jika tidak sekata...
usah taksub tafsiran sendiri, pandanglah dari sudut yang lain,
mungkin ada benarnya kata mereka, andainya berfikiran terbuka...


RENUNGKANLAH BERSAMA,


habibi janganlah membenci,hentikan dari saling menyakiti
habibi hanya jikalau bersatu, umahmu akan lebih maju..


temanku bersalamlah selalu, hormati mereka disekelilingmu
temanku marilah kita bersama, menjadi PEJUANG AGAMA...
tak perlu meninggikan suara, untuk meluah apa dirasa,
kerana LANTANG itu bukannya bermakna, katamu menjadi lebih benar...


RENUNGKANLAH BERSAMA,


hindari rasa benci sesama sendiri, teguhkan ikatan antara saudara...


aku terkesan bila dengar lagu ni masa aku mula tengok lirik dia... =)kudos to edry kru sebab buat lagu ni untuk imam2 muda..



macam mana kita nak jadi seorang pejuang agama?? banyak cara sebenarnya untuk kita menyebarkan agama islam yang indah ni.. kita pun boleh menjadi pejuang agama ( pejuang yang aku maksudkan bukanlah pergi berperang ) dengan memberitahu pada mereka yang tak tahu tentang islam dengan pengetahuan kita.. kita juga boleh memberitahu tentang islam melalui penulisan... banyak buku-buku yang berkaitan dengan islam ada dekat pasaran.. aku jugak dalam proses belajar sebab semua manusia tu tak sempurna... tapi dengan belajar jugak kita dapat ilmu yang berguna dan dapat menyebarkan pada orang ramai tentang ilmu yang kita belajar...


tak perlu meninggikan suara, untuk meluah apa dirasa,
kerana LANTANG itu bukannya bermakna, katamu menjadi lebih benar,

 aku agak suka dengan ayat ni sebab bagi aku seandainya kita menjadi seorang ketua, kita tak perlulah nak menegur dengan kasar sebab kalau kita fikir bagus tak semestinya orang lain akan rasa bagus dengan kita.. mungkin pendapat diorang pun kita kena ambik kira.. that's what KERJASAMA all about... hehehehe


aku bukanlah nak menghentam mereka yang perasan bagus tu tapi terimalah kenyataan yang kita bukan selalunya betul dan janganlah disebabkan keEGOan kita tu kita sanggup mengenetepikan hak orang lain.. aku ada satu kawan yang boleh dikatakan rapat jugalah dengan aku tapi satu perangai yang buat aku malas nak kawan dengan dia ialah dia suka berbangga dengan apa yang dia ada.. ( aku bukan jealous dengan apa yang dia ada tapi bila aku tegur, mulalah tak nak tegur aku dan cakap aku dengkikan dia.. ) itu yang aku malas nak berkawan dengan orang yang macm ni.. takder faedahnya kalau orang mcam ni kita buat kawan.. (harap-harap, dia berubahlah demi kebaikan diri dia sendiri)

temanku bersalamlah selalu, hormati mereka disekelilingmu
temanku marilah kita bersama, menjadi PEJUANG AGAMA...


dari ayat kat atas ni pulak aku tersangatlah suka sebab dah jadi tuntutan bagi kita untuk saling hormat menghormati sesama kita tak kiralah siapa. aku pun bukanlah nak kata aku ni pandai tapi kita sebagai saudara sesama islam tak salah kalau kita hormat orang (bukan kena bayar pun kalau nak hormat orang ni)kita memang dah diajarkan untuk bersalaman dengan siapa sahaja (yang lelaki dengan lelaki dan yang perempuan dgn perempuan ok!! =D.. hey look guys, tak mati pun kalau kita menghormati orang lain.. orang lagi akan hormat kita kalau kita hormat orang lain.. tapi kita akan lebih rasa hormat itu bila kita menghormati DIRI KITA SENDIRI! korang pernah dengar tak ada orang mati sebab dia hormat orang lain? takderkan, so takde alasan untuk kita tak hormat orang lain ok?


P/S : janganlah kita nak jadi orang yang sombong dalam dunia ni sebab kalau kita sombong tak kemana-mana pun kita akhirnya.. janganlah kita nak berlagak sebab orang yang macam ni akhirnya akan menjadikan mereka seorang yang sunyi... =)

No comments:

Post a Comment