Sunday 10 July 2011

KAWAN BAIK VS SAHABAT SEJATI

assalamualaikum!!

korang ada KAWAN BAIK tak?
kalau ada, berapa orang KAWAN BAIK yang korang ada??
pernah tak korang ngan KAWAN BAIK korang tu bergaduh???
tipulah kalau korang tak pernah ada KAWAN BAIK, kan.....

K etika korang ada masalah, korang bagitau siapa??
A ku sure mesti korang cari kawan baik korang kan untuk luahkan perasaan korang tu..
W alaupun diorang tak tentu nak dengar masalah kita..
A ku tak pasti sama ada aku layak atau tak jadi kawan korang, tapi kalau aku cakap
N anti korang salah anggap pulak... aku tak mau ada perselisihan faham nanti.

B ak kata orang, tak semua apa yang kita harapkan itu akan kita dapat tapi
A dakalanya kita tak perasan apa tujuan kita berkawan. kadang kadang ada yang
I kut suka hati je nak berkawan dengan orang yang macam mana dan tak fikir
K alau-kalau orang yang berkawan dengan kita tu ada kepentingan peribadi..

jadinya macam mana pulak dengan SAHABAT?
Apa bezanya antara kawan dengan sahabat ni??
apakah ciri2 seorang sahabat ni :

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
itu antara ciri-ciri seorang sahabat yang baik.. adakah kita tergolong dalam seorang yang mementingkan persahabatan atau mementingkan diri sendiri???

p/s : hargailah persahabatan kerana senang untuk mempunyai 2-3 kawan baik tetapi agak susah untuk mencari sahabat sejati. aku tak cakaplah tak boleh ada kawan baik tapi dalam memilih kawan tu kita hendaklah berhati-hati. jgn nanti bila dah dapat kawan baru korang pulak yang kena tinggal dek kawan korang tu..

No comments:

Post a Comment